Pilu!!! Kereta terbabas, bayi 5 bulan maut dalam pangkuan ibu

Pilu!!! Kereta terbabas, bayi 5 bulan maut dalam pangkuan ibu

Pilu!!! Kereta terbabas, bayi 5 bulan maut dalam pangkuan ibu. Seorang bayi perempuan berusia lima bulan maut dalam pangkuan ibunya selepas kereta dinaiki lima beranak itu terbabit dalam kemalangan di KM33 Jalan Jerantut-Temerloh semalam.

Pilu!!! Kereta terbabas, bayi 5 bulan maut dalam pangkuan ibu

Miszara Amira Jaffery dipercayai dipangku ibunya, Noor Azlina Mohd Shariff, 42, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan Proton Saga dipandu bapa mangsa, Jaffery Abdullah, 54, dalam kejadian kira-kira 8 malam itu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Kamarulzaman Jusoh, kemalangan berlaku ketika keluarga berkenaan, termasuk dua lagi anak pasangan itu, Miszara Husna, 6, dan Miszara Halisya, 5, dalam perjalanan dari arah Jerantut ke Temerloh.

“Setiba di tempat kejadian berhampiran jambatan Kuala Krau, pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan menyebabkan ia terbabas dan melanggar besi penghadang jalan.

“Insiden itu menyebabkan mangsa (Miszara Amira) meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu serta tiga lagi penumpang kereta terbabit cedera,” katanya dalam kenyataan yang dipetik Berita Harian.

Kamarulzaman berkata, mayat bayi itu dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh untuk bedah siasat, manakala mangsa cedera turut dirawat di hospital sama.

Menurutnya, pemandu kereta dilaporkan patah kaki kiri dan cedera di bahagian muka serta dada, manakala isterinya cedera di perut dan dua anak mereka cedera di dahi serta retak kaki kanan.

Katanya, kes masih disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.