Pilu! Jenazah ibu dipenggal anak selamat dikebumi

Pilu! Jenazah ibu dipenggal anak selamat dikebumi

Jenazah seorang wanita yang maut dipenggal anak lelakinya di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang di sini, kelmarin selamat dikebumikan hari ini.

Jenazah Allahyarham yang berusia 56 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang di sini, kira-kira pukul 5.20 petang tadi.

Terdahulu, jenazah itu yang dibawa dari Hospital Sungai Buloh tiba di Surau An Nur Kampung Baru Pasir Penambang untuk disembahyangkan.

Puluhan ahli keluarga dan saudara mara turut menghadiri urusan pengebumian Allahyarham.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang ibu menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya dipenggal oleh anak sendiri sebelum jasadnya yang berlumuran darah dibiar terbaring di ruang tamu dalam kejadian di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor kelmarin. -K! ONLINE