Pilu!!! Hanya kutip sisa makanan di kedai, netizen sebak lihat dua beradik makan penuh selera

Pilu!!! Hanya kutip sisa makanan di kedai, netizen sebak lihat dua beradik makan penuh selera. Dua kanak-kanak dipercayai bukan warganegara maut selepas makan sisa makanan dari tong sampah.
Walaupun bukan warganegara, namun kejadian tersebut menyentuh hati ramai memandangkan dua beradik itu masih lagi kanak-kanak.
Terbaru, tular pula akan video yang memaparkan dua kanak-kanak sedang mengutip sisa makanan orang di sebuah kedai makan.
Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok telah menyentuh hati ramai.
Dalam video berdurasi 33 saat itu dapat dilihat dua kanak-kanak itu mengutip sisa makanan pelanggan yang baru selesai menikmati hidangan di kedai berkenaan.
Lebih sebak lagi apabila kedua-duanya menikmati sisa tersebut dengan begitu nikmat tanpa memperdulikan orang sekeliling.
Rata-rata warganet meluahkan rasa sebak melihat keadaan itu. Malah, mereka turut berharap ada pihak bermurah hati akan belanja dua kanak-kanak itu makan.
Namun, ada juga yang mendakwa bahawa keadaan itu adalah perkara biasa di sesetengah kawasan dan kanak-kanak itu sebenarnya diperhati dari jauh.
Turut baca