Pilu! Enam hari bertarung nyawa, kanak-kanak 2 tahun lemas dalam parit meninggal dunia

Pilu! Enam hari bertarung nyawa, kanak-kanak 2 tahun lemas dalam parit meninggal dunia

Pilu! Enam hari bertarung nyawa, kanak-kanak 2 tahun lemas dalam parit meninggal dunia. Selepas enam hari bertarung nyawa, akhirnya seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang sebelum ini dilaporkan lemas dalam parit meninggal dunia.

Pilu! Enam hari bertarung nyawa, kanak-kanak 2 tahun lemas dalam parit meninggal dunia

Menerusi perkongsian di laman Facebook Mr. Wan Cai Official, kanak-kanak tersebut dikatakan terjatuh di dalam sebuah parit di tepi rumah keluarganya di Jalan Bawal, Kampung Sungai Udang, Klang.

Menurut Wan Cai, kejadian tragis yang menimpa kanak-kanak bernama Daniel itu berlaku pada 4 Februari lalu kira-kira pukul 11.15 malam.

Sebelum kejadian itu berlaku, Daniel dilaporkan bermain di halaman rumah keluarganya sebelum hilang.

“Ahli keluarganya bergegas mencari Daniel dan terlihat Daniel terbaring di dalam parit. Daniel kemudiannya diangkat keluar dari parit dan diberi bantuan pernafasan.

“Daniel seterusnya dibawa keluarganya ke hospital kerana jantung dan nadi kanak-kanak itu sudah pun berhenti. Bagaimanapun ketika dalam perjalanan si bapa terlihat van ambulan.

“Bapanya telah menyerahkan Daniel kepada pihak ambulan dan kanak-kanak itu telah diberi bantuan awal oleh petugas ambulan dan terus dikejarkan ke hospital,” kata di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Wai Cai berkata, dengan kuasa Allah adik Daniel kembali bernafas setelah diberi bantuan kecemasan setibanya di hospital.

“Adik Daniel ditempatkan di unit rawatan rapi dengan dipakaikan mesin bantuan pernafasan. Enam hari doktor bertungkus lumus dan berusaha untuk menyelamatkan nyawa anak syurga ini.

“Namun Allah lebih sayangkan adik Daniel, dia disahkan meninggal dunia pada pukul 8.38 malam semalam,”ujarnya

 

Baca juga