Pilu !!! Dugaan bertunang, sudahlah duit hilang, tiba-tiba jatuh sakit pula

Pilu !!! Dugaan bertunang, sudahlah duit hilang, tiba-tiba jatuh sakit pula

Pilu !!! Dugaan bertunang, sudahlah duit hilang, tiba-tiba jatuh sakit pula. “Semakin hampir hari pernikahan, semakin berat ujian.” Dugaan bertunang buat gadis ini apabila duit simpanan hilang dan dirinya jatuh sakit secara tiba tiba.

Ternyata apa yang dilalui gadis ini turut dilalui orang lain. Malahan ramai yang bersimpati dengannya dan memberi semangat pada gadis ini.

Pilu !!! Dugaan bertunang, duit hilang, jatuh sakit

Dalam kemanisan bertunang, pasti akan ada detik-detik mencabar yang perlu dilalui dengan penuh kesabaran agar hubungan cinta yang dibina dapat bertahan hingga ke alam perkahwinan.

Menerusi perkongsian seorang gadis @miss_wawa di media sosial, menceritakan pelbagai situasi yang dialaminya bersama pasangan selepas mereka mengikat tali pertunangan pada tahun lalu.

Menurut gadis itu, dia mengakui semakin hampir hari pernikahan, semakin berat ujian menimpa dirinya dan pasangan, namun mereka menerima dengan penuh reda.

“Betul la ujian bertunang mesti ada. Bekas kekasih tiba-tiba WhatsApp, minta maaf dan ajak jumpa.

“Selain itu, duit simpanan untuk kahwin hilang, tak dapat diselamatkan dan yang terbaru, secara tiba-tiba saya jatuh sakit. Tapi kami tetap kuat untuk halalkan hubungan ini,” katanya.