Pilu !!! 2 mayat rentung di tingkat bawah rumah

Pilu !!! 2 mayat rentung di tingkat bawah rumah

Pilu !!! 2 mayat rentung di tingkat bawah rumah.

2 beranak dilaporkan rentung dalam satu kebakaran melibatkan 5 rumah di Kampung Titingan Blok 3, Sabah tengah malam tadi.

Kejadian yang berlaku pada 12.30 malam itu membabitkan mangsa warga emas, Sadiah Jabar, 80, dan anaknya Kamisah Mapiasah, 49, ditemui rentung akibat terperangkap dalam kebakaran.

Menurut Julius Stephen Jr Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, pihaknya menerima panggilan pada 12.53 tengah malam sebelum sepasukan 18 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi.

Pilu !!! 2 mayat rentung di tingkat bawah rumah

Pilu !!! 2 mayat rentung di tingkat bawah rumah

Difahamkan 3 buah rumah papan musnah sepenuhnya dalam tragedi itu sementara 2 rumah yang lain terbakar 40 peratus dan 60 peratus.

Kata Julius, kedua-dua mayat yang ditemui rentung telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi memadam kebakaran juga ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.08 pagi.

“Selepas api dipadamkan, pemeriksaan bomba menemui dua mayat dalam keadaan rentung di tingkat bawah rumah terbabit.”

“Punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan.”