Pihak beri suntikan vaksin kosong di anggap ‘pengkhianat negara’, wajar dihukum

Pihak beri suntikan vaksin kosong di anggap ‘pengkhianat negara’, wajar dihukum

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menyifatkan pihak yang menjual slot vaksin kosong dan memberi suntikan vaksin kosong adalah pengkhianat negara dan mereka wajar dihukum.

Pengkhianat negara dalam perang lawan Covid-19 mesti dihukum dan perkara ini mesti dibahas di Parlimen pada sidang 26 Julai hingga 2 Ogos ini, kata Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR dalam Twitternya hari ini.

Beliau merujuk terhadap beberapa kes yang didakwa memberikan suntikan vaksin kosong kepada penerima yang dipercayai berlaku pada minggu lalu.

Dalam maklum balas segera, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) kini menjalankan siasatan berhubung suntikan vaksin kosong yang didakwa berlaku di Kedah dan Selangor.

Katanya, siasatan akan dibuat menerusi kerjasama dengan pihak berkuasa, seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memastikan perkara sedemikian tidak berulang.

Kes pertama, katanya, berlaku pada 17 Julai lalu di pusat pemberian vaksin (PPV) pandu lalu di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah, iaitu PPV berkenaan dikhaskan kepada anggota ATM dan ahli keluarga mereka.

Terdapat dua lagi dakwaan mengenai suntikan vaksin kosong, iaitu di PPV Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang kejadian didakwa berlaku pada 17 Julai lalu dan orang awam membuat laporan polis. – UTUSAN

COMMENTS