PH Perak harap yang terbaik

PH Perak harap yang terbaik

Farhash Wafa berkata mereka tidak dapat memberikan apa-apa komen kerana situasi politik ketika ini boleh berubah, manakala Nga berkata mereka berdoa mengharapkan yang terbaik sahaja.

Ditanya sekiranya PH menghantar nama calon mereka untuk jawatan Menteri Besar, mereka memberitahu, tidak.

Semasa ditanya sekiranya mereka menyokong calon Umno untuk jawatan itu, soalan itu bagaimanapun dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang jawapan.

Nga dalam satu kenyataan pagi ini berkata DAP memutuskan untuk bekerjasama dengan Umno di Perak bagi mewujudkan kerajaan pelbagai kaum yang bersih, kukuh dan bersatu padu.

Sementara itu Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas menyampaikan nama calon Umno kepada Sultan Nazrin mengulangi kenyataannya kepada media, bahawa kerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional yang melibatkan Umno, Bersatu dan PAS; di Perak akan diteruskan.

Jawatan Menteri Besar Perak kosong susulan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Sabtu lepas selepas beliau hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul undi kepercayaan semasa persidangan pada hari sebelumnya.

Beliau hanya memperoleh 10 undi, manakala 48 tidak memihak kepadanya dan satu berkecuali.

DUN Perak merangkumi 25 ADUN Barisan Nasional (BN) yang kesemuanya daripada Umno, DAP (16), Amanah (5), Bersatu (5), PKR (3) dan PAS (3), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi.

Sumber : https://www.malaysiakini.com/news/554401