Peniaga kedai makan, penyelia kilang maut dalam nahas tiga buah kenderaan di Tanjung Batu

Peniaga kedai makan, penyelia kilang maut dalam nahas tiga buah kenderaan di Tanjung Batu

Peniaga kedai makan, penyelia kilang maut dalam nahas tiga buah kenderaan di Tanjung Batu. Seorang peniaga kedai makan dan penyelia kilang maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di kilometer 36 Kampung Tanjung Batu, Jalan Pekan-Nenasi-Rompin di sini hari ini.

Kemalangan tersebut membabitkan pertembungan kenderaan jenis Proton Saga dan Wira serta Perodua Myvi kira-kira pukul 12.30 tengahari.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, mangsa yang maut dalam kemalangan tersebut adalah pemandu kenderaan jenis Proton Saga, Chaw Jiun Shyan, 27, dari Kota Tinggi, Johor dan seorang lagi pemandu kereta jenis Perodua Myvi, Zainong Abdullah, 26, dari Pasir Gudang, Johor.

Menurutnya, penumpang Perodua Myvi, Yusof Alias, 59, dari Merlimau Melaka mengalami kecederaan patah kedua-dua belah tangan dan kaki, manakala pemandu dan tiga penumpang Proton Wira iaitu, Mohd. Azmil Anuar, 32, Mas Zuana Abdul Rahim, 32, Nur Nazira Zaida Suhaimi, 19 dan Nur Wardah Ariana Mohd. Farid, 6, tidak mengalami kecederaan.

“Siasatan awal polis mendapati kenderaan jenis Proton Saga dalam perjalanan dari arah Rompin menghala ke Pekan namun setibanya di lokasi kejadian ketika sedang mengambil selekoh mangsa gagal mengawal kenderaan dan terbabas ke laluan bertentangan.

Peniaga kedai makan, penyelia kilang maut dalam nahas tiga buah kenderaan di Tanjung Batu

“Kemudiannya kereta tersebut telah bertembung dengan kenderaan jenis Perodua Myvi dan Proton Wira yang berada di belakangnya (Myvi) tidak sempat membrek lalu melanggar bahagian belakang kereta dihadapannya itu.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu Proton Saga itu telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu Perodua Myvi telah meninggal dunia di ketika mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Nenasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Zaidi berkata, hasil siasatan awal mendapai kemalangan berpunca dari kecuaian pemandu Proton Saga yang disyaki memandu secara melulu kemudian terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Keadaan cuaca pula adalah baik dan permukaan jalan adalah kering semasa kemalangan berlaku pada waktu siang.

“Ketika kemalangan keadaan jalan berselekoh namun sistem jalan satu lorong dua hala dan keadaan jalan adalah rata dengan terdapat garis berkembar sebagai pembahagi jalan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, bomba menerima panggilan kecemasan kemalangan itu melalui Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 kira-kira pukul 12.53 tengahari.

“Seramai empat anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi ke lokasi kejadian dengan kekuatan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT). Ketika kerja-kerja menyelamat, dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan Resque Power Unit.

“Mangsa yang cedera dan selamat dibawa ke Hospital Pekan manakala yang telah meninggal di lokasi kejadian seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber | UTUSAN ONLINE