“Peniaga dari neraka” – Netizen berang lihat taktik penjual tak jujur, ‘stanby seafood’ lama bawah meja

“Peniaga dari neraka” –  Netizen berang lihat taktik penjual tak jujur, ‘stanby seafood’ lama bawah meja

“Peniaga dari neraka” – Netizen berang lihat taktik penjual tak jujur, ‘stanby seafood’ lama bawah meja. Tular satu video yang membangkitkan kemarahan warganet apabila melihat ‘keadaan sebenar’ yang berlaku tatkala membeli ikan di pasar basah.

"Peniaga dari neraka" -  Netizen berang lihat taktik penjual tak jujur, 'stanby seafood' lama bawah meja

Mana taknya, sebuah video yang menunjukkan seorang peniaga wanita dengan pantas menukar ‘seafood’ segar dengan yang telah rosak benar-benar buat netizen bengang!

Sebuah video yang dikongsikan di Tiktok meraih perhatian ramai yang terkejut melihat pembongkaran sebuah urusan jual beli di pasar ikan, yang ternyata sangat licik dan menyakitkan hati.

Dalam video, dapat dilihat peniaga wanita tersebut rupanya telah siap sedia dengan satu bungkusan plastik yang akan ditukar dengan pantas apabila dia selesai menimbang ‘seafood’ segar yang dipilih pelanggan di atas meja.

Malahan, ramai yang mendoakan agar peniaga jujur seperti ini ditangkap dan dikenakan tindakan setimpal atas sikapnya yang tida jujur.

 

Baca juga