Pengguna disaran bersiap sedia berdepan kenaikan harga sehingga 10%

Pengguna disaran bersiap sedia berdepan kenaikan harga sehingga 10%

Pengguna disaran bersiap sedia berdepan kenaikan harga sehingga 10%. Pengguna harus bersiap sedia untuk berdepan kenaikan harga sehingga 10%, melainkan kos makanan dan barangan bukan makanan terkawal, kata Presiden Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) Soh Thian Lai.

Pengguna disaran bersiap sedia berdepan kenaikan harga sehingga 10%

Berdasarkan tinjauan FMM pada Disember mengenai impak kenaikan harga ke atas barangan seperti roti, telur, lampin dan detergen, Soh berkata, sebahagian besar responden bercadang menyalurkan kos kepada pengguna, melainkan tindakan drastik diambil untuk membendung kenaikan harga.

“Lebih dua pertiga daripada syarikat yang ditinjau bercadang menyalurkan peningkatan kos antara 1-10% kepada pengguna,” katanya.

Kenaikan harga adalah disebabkan wabak Covid-19, katanya, yang menyaksikan kesesakan rantaian bekalan, kos logistik lebih tinggi, harga komoditi yang melambung, dan kekurangan tenaga dan buruh di peringkat global.

“Mujur dua pertiga daripada responden telah mengambil tindakan proaktif untuk mengurangkan kos secara dalaman dan beralih kepada input yang lebih murah apabila boleh,” katanya kepada FMT.

Syarikat multinasional di negara ini juga telah mula menggantikan import dengan membeli produk tempatan, tambahnya.

Pada Januari, Jabatan Perangkaan berkata, kenaikan kos pengangkutan dan harga makanan mendorong inflasi ke paras tertinggi sebanyak 3.2% pada Disember – melepasi kadar inflasi purata 1.9% bagi tempoh 2011 hingga 2021.

Kenaikan ini didorong oleh peningkatan sebanyak 7.5% dalam kos pengangkutan dan 3.2% dalam kos makanan dan minuman bukan alkohol, dengan kadar inflasi juga disebabkan oleh kenaikan kadar dalam perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain.

“Sebarang kenaikan harga bagi pekilang akan memberi kesan berganda kepada ekonomi,” kata Soh.

Sumber | FMT