Pengebumian anak, ibu mentua Syafiq

Pengebumian anak, ibu mentua Syafiq

TANGISAN SI AYAH…Sedih, itu yang dapat dilihat pada wajah pemain skuad kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad ketika pengebumian anak lelakinya yang baharu 22 hari dilahirkan, Muhammad Aisy Saqeef di Kampung Padang Pusing, Pedang, Kedah.

Jenazah Muhammad Aisy dikebumikan dalam satu liang lahat bersama ibu mentua Muhammad Syafiq, Zainab Wahab, 46.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi ini, Muhammad Syafiq yang juga penyerang pasukan JDT terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari dalam kejadian di Lebuh Raya Utara Selatan di Sungai Bakap.

Kemalangan turut mengakibatkan ibu mentua Muhammad Syafiq, Zainab dan warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an maut.

Sementara itu Muhammad Syafiq dan seorang lagi anak, Aaira Nur Saffiya, cedera ringan manakala isterinya, Nur Amalina dilaporkan cedera parah.

Sumber : https://www.utusan.com.my/berita/2020/12/pengebumian-anak-ibu-mentua-syafiq/