Pengasuh mengaku dera bayi 10 bulan, dipenjara 2 tahun

Pengasuh mengaku dera bayi 10 bulan, dipenjara 2 tahun

Pengasuh  mengaku dera bayi 10 bulan, dipenjara 2 tahun. Pengasuh warga Indonesia yang dirakam memukul seorang bayi 10 bulan dalam klip video tular dijatuhi hukuman dua tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Pengasuh mengaku dera bayi 10 bulan, dipenjara 2 tahun

Ellis Andreyani, 47, mengaku bersalah atas tuduhan mendera kanak-kanak itu di Flat Taman Utama di Minden Heights, Gelugor, November lalu.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001, yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Dia sedang menjalani hukuman penjara enam bulan bagi satu kesalahan imigresen, selepas didapati berada di negara ini tanpa dokumen perjalanan sah.

Timbalan Pendakwa Raya, Rais Imran Hamid memohon hakim Mahkamah Sesyen, Mazdi Abdul Hamid memberi hukuman pencegahan kepada tertuduh.

Merujuk rakaman CCTV yang dikongsi secara meluas di media sosial minggu lalu, beliau berkata, hukuman pencegahan itu akan mencerminkan keseriusan jenayah itu, selain menghantar mesej kepada orang ramai perbuatan berkenaan tidak boleh diterima.