Penemuan mayat kesan tetak, dibakar, 4 ditahan bantu siasatan

Penemuan mayat kesan tetak, dibakar, 4 ditahan bantu siasatan

Penemuan mayat kesan tetak, dibakar, 4 ditahan bantu siasatan. Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita di sekitar bandar raya, bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki dengan kesan tetakan pada tangan dan muka serta dibakar, di tingkat atas sebuah panggung wayang lama di Pekan Simpang Kuala, di sini, semalam.

Penemuan mayat kesan tetak, dibakar, 4 ditahan bantu siasatan

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata seorang daripada mereka ditahan semalam, manakala tiga lagi hari ini.

“Semua suspek berusia antara 30-an dan 50-an direman sehingga 22 Feb dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, identiti lelaki itu masih belum dikenal pasti dan polis masih menunggu laporan bedah siasat.

Semalam mayat seorang lelaki yang berusia lewat 40-an ditemukan oleh anggota bomba, yang sebelum itu menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran di bangunan terbiar berkenaan pada jam pukul 7 pagi.

Anggota bomba yang menjalankan operasi memadam kebakaran itu menjumpai mayat lelaki berkenaan di bawah tilam dan sofa yang dibakar di sebuah bilik di tingkat atas bangunan.

 

Berita berkaitan : Lelaki maut ditetak tangan, muka sebelum dibakar

Turut baca : Tak tunjuk rasa kasihan dalam kes ibu tunggal, bekas menteri selar kerajaan