Pencuri luah rasa sedih, rumah mewah dipecah masuk tidak banyak barang untuk dicuri

Pencuri luah rasa sedih, rumah mewah dipecah masuk tidak banyak barang untuk dicuri

Seorang pencuri berang selepas rumah mewah yang dimasukinya tidak memiliki barangan berharga seperti yang diharapkannya.

Akibat kecewa dengan keadaan itu, pencuri sempat menulis nota bagi ‘meluahkan rasa sedihnya’.

Menerusi nota yang ditulis, suspek mempersoalkan mengapa tuan rumah meletakkan begitu banyak kunci yang sukar dibuka, sedangkan tiada barang berharga disimpan.

“Jika tiada barang berharga, tidak perlu menggunakan kunci yang sukar dibuka,” tulis nota tersebut.

Menurut polis, suspek berjaya ditahan selepas tuan rumah membuat laporan mengenai sejumlah barangan di kediamannya hilang.

Jurucakap polis Kotwali memaklumkan, suspek hanya ‘berjaya’ mencuri wang tunai berjumlah 30,000 rupee (RM1,655) berserta barangan lain.

“Tuan rumah tidak mendiami kediaman tersebut kerana mempunyai rumah lain.

“Namun, apabila dia pulang ke rumah terbabit, dia mendapati beberapa barangannya hilang dan mengesyaki rumahnya dimasuki pencuri sebelum membuat laporan polis,” jelas jurucakap tersebut.

Hasil siasatan polis di lokasi kejadian menemukan kepingan nota tersebut dan suspek diberkas tidak lama kemudian. – AGENSI

COMMENTS