Pemilik kedai 29 tahun maut dikelar

Pemilik kedai 29 tahun maut dikelar. Seorang wanita yang juga pemilik kedai menjual peralatan rumah maut dikelar di sebuah premis perniagaan di Jalan SP 2/2 Serdang Perdana, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki pada pukul 7.25 petang berhubung kejadian pergaduhan yang berlaku di premis berkenaan.
“Pemeriksaan di lokasi menjumpai mayat seorang wanita dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dipercayai dikelar pada leher.
“Mangsa yang berusia 29 tahun dipercayai pemilik premis di mana tempat berlakunya kejadian,” katanya.
Jelas beliau, suspek dan motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Turut baca
- Lelaki tikam diri sendiri selepas bunuh kekasih
- Kejadian kecoh depan hospital di Perak, polis terima 2 laporan