Pembunuhan Kejam !!! Gadis disiksa 44 hari sebelum mayatnya disumbat dalam tong drum

Pembunuhan Kejam !!! Gadis disiksa 44 hari sebelum mayatnya disumbat dalam tong drum

Ini kisah yang paling tragis dalam sejarah jenayah Jepun. Pada 22 November 1988, seorang gadis berusia 17 tahun bernama Junko Furuta telah diculik oleh empat orang lelaki.

Gadis kelahiran wilayah Misato, Saitama, Jepun ini sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja sambilannya dengan menaiki basikal, apabila dia diculik empat remaja lelaki.

Gadis ini terlebih dahulu dirogol di sebuah gudang sebelum di bawa ke rumah salah seorang penculiknya di Ayase yang terletak dalam wilayah Adachi, Tokyo.

Junko disembunyikan dalam sebuah rumah dua tingkat milik salah seorang penculik terbabit. Bagi mengelakkan perbuatan jenayah ini terbongkar, Junko diperkenalkan sebagai teman wanita kepada ahli keluarga penculik itu.

Penculik kemudian mengarahkan Furuta menghubungi ibu bapanya dan memberitahu mereka bahawa dia sebenarnya telah lari dari rumah. Dia dipaksa untuk meyakinkan orang tuanya bahawa dirinya selamat dan tidak perlu mencarinya.

Dalam tempoh kurungan si penjenayah, Junko banyak kali merayu kepada ahli keluarga penculiknya untuk membantu dirinya. Namun, rayuannya tidak diendahkan.

Pernah dia cuba melarikan diri, tetapi tidak berjaya. Bertambah malang, setiap kali ditangkap, Junko akan diseksa dengan lebih teruk lagi.

Bayangkan, ini antara siksaan yang ditanggung Junko selama 44 hari sebelum nyawanya berakhir.

HARI PERTAMA (22 November 1988)

Junko diculik dan dirogol lebih 400 kali (sepanjang tempoh penderaan) oleh keempat-empat penculik.

Kebuluran dan kekurangan nutrisi.

Dipaksa makan lipas dan minum air kencing sendiri.

Dipaksa melakukan onani.

Dipaksa berbogel di hadapan para penculik.

Badan dicucuh dengan pemetik api.

Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing.

HARI KE-11 (1 Disember 1988)

Dipukul berulang-ulang kali.

Mukanya diletakkan di lantai konkrit dan para penculik melompat di atas kepalanya.

Tangan diikat pada siling dan badannya dijadikan seperti punching bag.

Hanya boleh bernafas melalui mulut kerana hidung dipenuhi darah.

Alat pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya.

Muntah ketika minum air (perutnya sudah tidak dapat menerima makanan).

Dicucuh rokok kerana cuba melarikan diri.

Minyak dicurahkan di atas kakinya, lalu dibakar.

Botol dimasukkan ke dalam dubur mengakibatkan kecederaan teruk.

HARI KE-20 (10 Disember 1988)

Tidak boleh berjalan kerana kaki cedera teruk akibat terbakar.

Dipukul dengan kayu buluh.

Duburnya dimasukkan mercun.

Tangan dan kuku cedera dihempap dengan pemberat.

Dipukul dengan kayu golf.

Rokok dicucuh ke dalam kemaluan.

Dipukul dengan batang besi berulang kali.

Dipaksa tidur di balkoni pada musim sejuk.

Disula dengan batang besi pemanggang ayam yang mengakibatkan pendarahan teruk.

HARI KE-30

Lilin panas dititiskan ke muka.

Kelopak mata dibakar dengan pemetik api.

Dadanya dicucuk jarum.

Puting payudara kiri dipotong dengan playar.

Mentol lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan.

Pendarahan teruk pada kemaluan kerana dicucuh dengan gunting.

Sukar membuang air kecil.

Mengambil masa satu jam untuk merangkak turun ke tandas kerana kecederaan yang teruk.

Gegendang telinga rosak teruk.

Saiz otak mengecut.

HARI KE-40

Merayu kepada penculik supaya membunuh saja dirinya.

1 JANUARI 1989

Junko menyambut tahun baru dalam keadaan badan yang sudah lumpuh.

HARI KE-44 (4 Januari 1989)

Penculik memukulnya dengan pemberat kerana marah kalah main judi.

Darah mencurah keluar dari hidung dan mulut.

Lilin panas dititiskan pada muka dan mata.

Minyak dicurah pada kaki, ketiak dan perut lalu dinyalakan api.

Seksaan terakhir ini berlangsung selama 2 jam. Keesokannya, Junko meninggal dunia. | UTv