Pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi i-Sinar kategori 2

Pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi i-Sinar kategori 2

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan i-Sinar kategori 2.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara tersebut dalam perutusan khas sebentar tadi.

Kerajaan dimaklumkan bahawa KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan i-Sinar kategori 2,” katanya.

Terdahulu, pembayaran untuk permohonan bagi kategori 1 yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

Kriteria permohonan bagi kategori 1 melibatkan ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Sementara itu, Muhyiddin turut menjelaskan pelaksanaan moratorium dan pengurangan ansuran pinjaman yang ditawarkan bank diteruskan seperti diumumkan kerajaan sebelum ini.

Setakat ini sebanyak 1.3 juta peminjam telah memohon dan menerima bantuan bayaran dengan kadar kelulusan sebanyak 95 peratus bagi peminjam individu dan 99 peratus bagi PKS,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/119680/BERITA/Nasional/Pembayaran-pendahuluan-sehingga-RM1000-bagi-i-Sinar-kategori-2