Pelik tapi benar

Pelik tapi benar

Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Shafien Mamat menegaskan bahawa masih ada dalam kalangan rakyat negeri ini tidak mengetahui arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan bermula kelmarin.

Katanya, hal ini kerana, arahan PKPB diumumkan pada hari cuti.

“Bagaimanapun, kita mengambil pendekatan berhemah dan menyeru rakyat Kelantan supaya dapat mengikuti prosedur operasi standard ( SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Sehubungan dengan itu, saya mahu rakyat bersabar dan memberikan kerjasama penuh ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shafien, sikap itu amat diperlukan kerana polis terpaksa mengambil sedikit masa untuk melakukan pemeriksaan keatas setiap kenderaan yang merentasi daerah.

“Orang ramai yang terlibat dengan aktiviti rentas daerah supaya dapat mengikuti SOP dengan mendapatkan surat kebenaran dari majikan, surat rentas daerah dari Polis dan sebagainya.

Bagi melancarkan aliran trafik, polis menyediakan lorong khas kepada petugas barisan hadapan dan kecemasan,” katanya

Sumber berita : https://www.kosmo.com.my/2020/11/22/ada-rakyat-kelantan-tidak-tahu-pelaksanaan-pkpb/