“Pelanggan berdepan kejadian mengejutkan…” Katak tanpa kepala melompat selepas jadi hidangan atas pinggan

“Pelanggan berdepan kejadian mengejutkan…” Katak tanpa kepala melompat selepas jadi hidangan atas pinggan

“Pelanggan berdepan kejadian mengejutkan…” Katak tanpa kepala melompat selepas jadi hidangan atas pinggan.

Seorang pelanggan restoran di Chengdu, China berdepan kejadian mengejutkan apabila hidangan katak tanpa kepala yang dipesan tiba-tiba melompat di atas pinggan, lapor akhbar Daily Star UK, kelmarin.

"Pelanggan berdepan kejadian mengejutkan..." Katak tanpa kepala melompat selepas jadi hidangan atas pinggan

Lelaki itu telah memesan makanan istimewa tempatan iaitu katak lembu yang diperap dalam minyak cili dan biji lada.

Dalam video yang dimuat naiknya di laman Douyin, seekor daripada katak tanpa kepala itu dilihat bergerak dan menggerakkan kakinya beberapa kali.

Haiwan yang sepatutnya sudah mati itu akhirnya menolak dirinya keluar dari mangkuk dan ke atas meja.

Pelanggan tersebut terkejut dan berasa jijik dengan kejadian itu sambil mengatakan dia mungkin akan mempertimbangkan menjadi pemakan sayur atau vegetarian selepas ini.

“Itu katak zombi, sangat menakutkan. Saya tidak mahu makan apa-apa hidangan berkaitan daging selepas menonton klip ini,” komen seorang pengguna media sosial.

Haiwan kadangkala boleh bergerak selepas kematian kerana rangsangan saraf dan berdasarkan bukti saintifik, adalah mungkin untuk katak hidup tanpa otaknya.

“Batang otak mengawal banyak bahagian tengah dan perlu bagi seluruh badan kita seperti denyutan jantung, pencernaan dan fungsi lain.

“Jadi, secara teorinya, badan boleh bertahan dengan hanya sebahagian otak itu, walaupun bahagian otak yang dikaitkan dengan kesedaran, ingatan dan membuat keputusan telah hilang,” kata profesor dari California Polytechnic State University, Emily Taylor. – Agensi