Pelancaran PN Kelantan serentak mesyuarat PIBG dipersoalan

Pelancaran PN Kelantan serentak mesyuarat PIBG dipersoalan

Pelancaran PN Kelantan serentak mesyuarat PIBG dipersoal.

Kenapa pelancaran Perikatan Nasional (PN) negeri Kelantan dibuat serentak dengan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah dalam pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah, itulah yang menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

“Takut tak ada orang ke?” soal netizen.

Bahkan dalam satu surat rasmi Sekolah Kebangsaan Bukit Gading Tanah Merah yang ditandatangani guru besar sedang viral turut meminta ibu bapa hadir beramai-ramai.

Selain ibu bapa dihidang dengan jamuan100 ekor kambing golek ibu bapa juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang bukan biasa-biasa.

“Di mana hadiah cabutan bertuah sebuah kereta Axia Automatik, selain itu hadiah lain adalah 5 buah motosikal, 10 ekor lembu, 10 biji televisyen 40 inci, 20 buah telefon bimbit, dan 200 buah hamper boleh dimenangi ibu bapa dan pengunjung yang bernasib baik,” maklum guru besar dalam surat berkenaan.

Pada majlis itu juga guru besar berharap ibu bapa dapat hadir sebagai tanda sokongan kepada pendidikan bahkan menurut guru besar kehadiran ibu bapa sangat penting dan dihargai untuk memenangi hadiah cabutan bertuah dan menikmati jamuan yang diadakan.

Majlis Mesyuarat Agung PIBG itu dijadualkan bermula 12 tengah hari ini di Padang Majlis Daerah Tanah Merah yang akan dirasmikan Timbalan Menteri Pertahanan iaitu Ahli Parlimen Tanah Merah Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Dalam pada itu, difahamkan ada satu lagi majlis Pelancaran Perikatan Nasional Peringkat Negeri Kelantan yang juga berlangsung di tempat yang sama iaitu Padang Majlis Daerah Tanah Merah pada hari ini jam 1.45 petang.

Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi PN Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.

Mohd Zulaimi Kazim menyedari majlis itu diadakan di tempat yang sama dengan PIBG menyifatkan tindakan PN telah menyalahgunakan kuasa.

“Memang tak guna…

“Saya dah agak bila tiba-tiba ada buat mesyuarat PIBG Berkelompok untuk PPD Tanah Merah di Padang Bandaran Tanah Merah jam 12.00 tengah hari pada 2 Julai (Sabtu)

“Rupanya sambung dengan pelancaran Perikatan Nasional peringkat negeri Kelantan ditempat yang sama bermula jam 1.45 petang 2 Julai (Sabtu).

“SESAT dan salahguna kuasa secara “gila babi”.

“Rakyat perlukan air, tanah dan stabilkan harga barang sedang menggila sekarang bukan untuk dijadikan alat kerajaan khianat PN untuk tujuan politik.

“Please… TOLONG HALANG dan PIBG wajar buat bantahan,” kata beliau.