Pelan Pemulihan Felda, Buktikan bukan retorik!

Pelan Pemulihan Felda, Buktikan bukan retorik!

Saya menyambut baik usaha Kerajaan dalam mengambil tanggungjawab diatas situasi kritikal yang melanda Felda.

Kenyataan YAB Perdana Menteri di Felda Sri Jaya dan YB Dato’ Seri Mustapa Mohamed di Dewan Rakyat mesti selari dengan usaha yang digerakkan demi mengembalikan hak dan kepentingan para peneroka.

Kedua2 tokoh ini adalah anggota kabinet Dato’ Seri Najib Tun Razak, yang membuat keputusan menyenaraikan FGV di Bursa Malaysia pada tahun 2012. Ia telah gagal dan membawa petaka besar kepada Felda dan peneroka.

Pada PRU ke 14, PH berjaya menumbangkan BN. Ia turut disumbangkan melalui 19 kerusi Parlimen Felda( dari 54 Parlimen Felda) yang hilang kepercayaan kepada BN.

Hampir 2 juta masyarakat Felda yang terdiri dari peneroka dan Generasi Baharu Felda, tentunya mengharapkan perubahan dan pembaharuan dari janji Kerajaan PH seperti mana manifesto yang dikemukakan.
Harapan mereka tidak kesampaian dengan segala alasan yang diberikan.

Kini,pastinya samada Kerajaan PN dan PH akan berjanji lagi.
Ye atau tidak pemulihan Felda akan bawa hasil positif pada tahun 2023, sama sama kita saksikan.

Samada mandat rakyat diperolehi semula dalamasa terdekat atau melalui PRU 15, pengundi Felda mesti lebih teliti dan cermat dalam memilih parti dan calon yang benar benar mampu menggalas amanah rakyat.

Ngo Ngo Felda khususnya boleh menjadi kuasa ketiga dalam membuat pertimbangan kali ini.

#feldatetapdihati

Datuk Mazlan Aliman