Pekerja muat naik video pelanggan makan ketika Ramadan, Burger King ambil tindakan

Pekerja muat naik video pelanggan makan ketika Ramadan, Burger King ambil tindakan

Pekerja muat naik video pelanggan makan ketika Ramadan, Burger King ambil tindakan.

Susulan tindakan seorang pekerja Buger King Malaysia memuat naik video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tiga pelanggan wanita sedang makan di dalam restoran, pihak pengurusan mengambil tindakan berhubung isu itu.

Perkara tersebut diumumkan di laman Facebook rasmi milik Buger King Malaysia yang meluahkan rasa kesal akan tindakan dilakukan pekerja berkenaan dalam kejadian yang berlaku pada Rabu lalu.

β€œDengan kesal kami mengesahkan bahawa ia dimuat naik oleh pekerja Burger King Malaysia. Bagaimanapun, kami tidak menyokong perbuatan seperti itu dan tindakan akan diambil.

β€œDi Burger King Malaysia, kami sangat menghormati privasi pelanggan dan akan mengambil tindakan selanjutnya supaya perkara sama tidak berulang pada masa depan,” katanya.

Terdahulu, video dimuat naik oleh perkerja berkenaa di platform TikTok menjadi kecoh di laman Twittter kerana disifatkan melanggar privasi pelanggan.

Bahkan, warganet turut berpendapat bahawa pelanggan berkenaan berkemungkinan sedang uzur, hamil atau kurang sihat membuatkan mereka tidak menjalani ibadah puasa.

Dalam pada itu, pekerja restoran makanan segera berkenaan telah membuat pemohonan maaf dan mengambil pengajaran dari apa yang berlaku.

Pekerja muat naik video pelanggan makan ketika Ramadan, Burger King ambil tindakan