Pekerja datang pejabat dikompuan sedangkan ia arahan majikan

Pekerja datang pejabat dikompuan sedangkan ia arahan majikan

Sebelum ini, terdapat beberapa aduan mendakwa pekerja dikompaun kerana datang bekerja sedangkan ia adalah arahan majikan.

Peka dengan aduan tersebut, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, hanya majikan akan didakwa selepas ini sekiranya mereka didapati ‘memaksa’ pekerja untuk datang meskipun ada arahan Bekerja Dari Rumah.

Tegasnya, pekerja berkenaan ‘tiada pilihan’ selain mendengar arahan majikan kerana bimbang mungkin kehilangan pekerjaan jika ingkar.

“Kalau majikan yang paksa pekerja, majikan yang perlu akan dikenakan tindakan. Pekerja tidak ada pilihan. Kadangkala diberi arahan kepada pekerja, ‘kalau anda tak datang, majikan pecat anda’.

“Atau kalau tak datang kerja, majikan boleh tak bayar gaji… itu sebagai contoh, paksaan kepada pekerja yang akhirnya sebabkan pekerja tiada pilihan, jadi mereka bekerja.

Begitupun, saya difahamkan ada kes-kes yang telah diambil tindakan di mana pekerjanya lebih 60 peratus. Sudah ada tindakan dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas memantau sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Ampang, di sini pada Sabtu.

Baru-baru ini, tular dakwaan beberapa pekerja dikompaun ketika sedang bertugas sedangkan mereka datang bekerja atas arahan majikan.

Situasi itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat yang berpendapat sepatutnya majikan yang dikompaun, bukan pekerja.

Keadaan itu turut mendapat respons daripada Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani yang berkata, majikan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas pelanggaran SOP dilakukan pihak mereka.

“Jika majikan melanggar SOP seperti waktu beroperasi lebih masa dan lebih kapasiti individu yang bekerja dalam satu premis seperti yang berlaku baru-baru ini, dalam hal itu pekerja tiada kawalan terhadap arahan yang ditetapkan pengurusan.

“Pekerja hanya menjalankan kerja mereka mengikut arahan majikan demi kelangsungan hidup, pekerjaan dan pendapatan mereka,” katanya.

Berita penuh | AA

COMMENTS