Pekan, daerah kedua di Pahang dilanda banjir

Pekan, daerah kedua di Pahang dilanda banjir

Pekan: Daerah ini menjadi daerah kedua di Pahang dilanda banjir, selepas Raub, apabila sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka, malam tadi.

Menurut portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS di SK Seri Terentang, Pekan itu merekodkan lima mangsa daripada satu keluarga.

Sementara itu, menurut publicinfobanjir.water.gov.my, paras Sungai Lipis, Batu Malim di Raub menghampiri paras berjaga-jaga

iaitu 113.20 meter (m).

Paras amaran yang ditetapkan ialah 114.24 m, manakala paras bahaya pula 114.8 m.

Setakat ini 11 malam tadi, sembilan PPS dibuka di Pahang menempatkan 161 mangsa daripada 53 keluarga.

Sebelum ini, Raub menjadi daerah pertama dilanda banjir apabila lapan PPS dibuka.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/649662/pekan-daerah-kedua-di-pahang-dilanda-banjir