Pejuang sasar 22 kerusi DUN, 9 parlimen di Kedah

Pejuang sasar 22 kerusi DUN, 9 parlimen di Kedah

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Kedah meletakkan sasaran untuk bertanding di 22 kerusi dewan undangan negeri (DUN) dan sembilan kerusi parlimen pada PRU akan datang.

Ketuanya Aziz Mahmud bagaimanapun berkata perkara itu belum dimuktamadkan kerana perinciannya akan dibincangkan bersama parti-parti kompenan dalam Gerakan Tanah Air (GTA).

“Setakat ini bagi Pejuang Kedah, kami meletakkan sasarkan untuk bertanding di 22 kerusi DUN dan sembilan kerusi parlimen.

“Kerusi selebihnya mungkin akan diberikan kepada rakan-rakan dalam GTA,” katanya.
Sebagai rekod Pejuang kini mempunyai dua kerusi di negeri Jelapang Padi itu iaitu DUN Jitra dan Anak Bukit serta tiga kerusi parlimen iaitu Langkawi, Jerlun dan Kubang Pasu.

Secara keseluruhan Kedan mempunyai 15 kerusi parlimen dan 36 kerusi DUN.

Sementara itu Aziz berkata, Pejuang Kedah dilihat menerima sambutan baik dalam kalangan rakyat di negeri itu khususnya selepas bekas perdana menteri Najib Razak disabitkan bersalah oleh mahkamah.

“Sambutan rakyat Kedah terhadap Pejuang agak memuaskan dan sambutan terhadap GTA memang hebat.

“Kita tidak boleh menafikan pengaruh Dr Mahathir Mohamed menjadi taruhan bagi Pejuang dan GTA,” katanya.