“PEJA JGN SAP GAM” Akibat terlanjur kata, Menteri Sukan diperli Ultras Malaya

“PEJA JGN SAP GAM” Akibat terlanjur kata, Menteri Sukan diperli Ultras Malaya

“PEJA JGN SAP GAM” Akibat terlanjur kata, Menteri Sukan diperli Ultras Malaya.

Sebelum kejayaan skuad Harimau Malaya melayakkan diri ke Piala Asia 2023 selepas menewasakan Bangladesh 4-1 malam tadi, pelbagai kontroversi melanda skuad berkenaan terutama berkaitan kekalahan selepas menentang Bahrain Sabtu lalu.

Perkara tersebut menjadi perbualan ramai hingga mencetuskan kemarahan segelintir penyokong Harimau Malaya akan beberapa kenyataan dari Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Susulan dari kejadian tersebut, penyokong bola sepak negara, Ultras Malaya telah membentang satu banner ketika di Stadium Bukit Jalil ketika perlawanan menentang Bangladesh malam tadi.

“PEJA JGN SAP GAM” Akibat terlanjur kata, Menteri Sukan diperli Ultras Malaya

Bagaimanapun, perkara itu disambut baik oleh Ahli Parlimen Tambun itu dengan mendakwa bahawa ‘kata-kata’ itu merupakan nasihat yang baik buat dirinya.

Namun begitu, rata-rata warganet memuji akan tindakan menteri berkenaan yang terbuka menerima teguran. Malah, mereka juga berharap agar tidak mengulangi kesilapan sama.