Pegawai kanan polis maut disyaki tembak kepala sendiri guna pistol

Pegawai kanan polis maut disyaki tembak kepala sendiri guna pistol

Pegawai kanan polis maut disyaki tembak kepala sendiri guna pistol. Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor maut selepas disyaki menembak diri sendiri menggunakan pistol di sebuah rumah di Jalan Selingsing, di sini hari ini.

Pegawai kanan polis maut disyaki tembak kepala sendiri guna pistol

Pegawai kanan polis maut disyaki tembak kepala sendiri guna pistol

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian daripada sistem MERS 999 pada pukul 3.30 petang.

“Mangsa yang berusia 35 tahun merupakan seorang pegawai kanan polis yang sedang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, dekat sini.

“Hasil siasatan awal mengesyaki mangsa telah menembak dirinya sendiri pada bahagian kepala dengan menggunakan sepucuk pistol jenis Walter P99 hingga menembusi bahagian kanan kepala,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas pada pukul 3.59 petang.

Ujar beliau, pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian.

“Bagaimanapun punca kejadian masih belum dapat dikenal pasti dan masih dalam siasatan,” katanya.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

 

Turut baca