Pecah amanah, salah guna kuasa, bekas penjawat awam, kontraktor ditahan SPRM

Pecah amanah, salah guna kuasa, bekas penjawat awam, kontraktor ditahan SPRM

Pecah amanah, salah guna kuasa, bekas penjawat awam, kontraktor ditahan SPRM.

Seorang bekas penjawat awam dan seorang kontraktor, di sini, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana dipercayai terbabit kes pecah amanah dan salah guna kuasa, membabitkan nilai kontrak kira-kira RM63,000.

Pecah amanah, salah guna kuasa, bekas penjawat awam, kontraktor ditahan SPRM

Sumber berkata, kesalahan tersebut dipercayai melibatkan sebuah agensi kerajaan Persekutuan di Sandakan yang dilakukan, pada 2018 dan 2019.

Menurutnya, bekas penjawat awam berusia 37 tahun itu dipercayai menggunakan kedudukannya melantik kontraktor terbabit sebagai pembekal produk berasaskan lebah, haiwan ternakan dan program lain, di mana syarikat kontraktor terbabit dimiliki oleh saudaranya.

Katanya, bekas penjawat awam dan kontraktor berusia 41 tahun terbabit ditahan semasa hadir di pejabat SPRM Sandakan, pagi tadi, untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

Beliau memaklumkan bahawa kedua-dua lelaki itu telah dibebaskan atas jaminan SPRM dan dijadualkan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan, pada 21 Apr ini.