PBT ‘petugas barisan depan’ cegah rasuah di kalangan penjawat awam – SPRM

PBT ‘petugas barisan depan’ cegah rasuah di kalangan penjawat awam – SPRM

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan ‘barisan hadapan’ yang mampu membendung kegiatan rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan penjawat awam.

Pengarah SPRM Pahang Hairuzam Mohmad [email protected] berkata adalah penting bagi setiap warga PBT mempunyi integriti yang tinggi kerana mereka merupakan ejen penyampaian awam yang sering terdedah dengan kegiatan rasuah.

Dia berkata warga PBT juga perlu bertegas dan melaporkan kepada SPRM sebarang tawaran rasuah yang diterima daripada mana-mana pihak.

“Saya percaya tindakan memerangi pemberi rasuah boleh meningkatkan imej dan kredibiliti PBT sebagai pelaksana amanah rakyat. Kita perlu memberi mesej jelas kepada masyarakat bahawa tiada harga yang mampu membayar maruah kita dalam melaksanakan amanah ini,”.

Hairuzam berucap demikian sempena Program Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2020 peringkat negeri Pahang di Kompleks Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di Kuantan, hari ini.

Pada program yang bertemakan ‘PBT Perangi Pemberi Rasuah’ itu dia turut memaklumkan, dalam tempoh lima tahun sejak 2015, pihaknya telah menerima sebanyak 39 laporan berhubung kes rasuah dengan 25 kes telah dituduh di mahkamah.

Sementara itu, Yang Dipertua MPK Hamdan Hussin berkata pihaknya menyasarkan sifar kes rasuah melibatkan pegawai dan anggota PBT pada tahun hadapan dengan pelbagai program kesedaran telah dilaksanakan antaranya kursus dan ceramah berkaitan integriti.

“Bagi tahun ini, dua anggota MPK telah disiasat SPRM dan kalau boleh kita tidak mahu langsung mana-mana anggota terlibat dalam kegiatan ini.

“Kaedah penggiliran kakitangan dan proses tender serta sebut harga terbuka sentiasa dilaksanakan dalam usaha kami membanteras rasuah,” katanya.

Sumber : https://www.malaysiakini.com/news/554499