“Payah kalau macam ni…” Isteri kecewa suami selalu buat muka ketat layan ipar duai

“Payah kalau macam ni…” Isteri kecewa suami selalu buat muka ketat layan ipar duai

“Payah kalau macam ni…” Isteri kecewa suami selalu buat muka ketat layan ipar duai.

Bagi pasangan suami isteri, isu pulang ke kampung semasa Aidilfitri sering kali menjadi perdebatan hingga terkadang mengundang masam muka.

Sama lah dengan satu perkongsian di Tiktok ini, apabila seorang isteri meluahkan perasaan sedihnya ketika tiada keadilan balik kampung beraya setelah berumah tangga.

Perkongsian @irfan imelda di Tiktok, menceritakan kisah sedih kawannya yang meluahkan rasa sedih kerana setiaptahun harus beraya di kampung suaminya.

Langsung tiada tolak ansur, si suami hanya akan menjaga hati ibunya di kampung yang sentiasa menelefon, menggesa untuk pulang ke sana…

Lebih menyedihkan, jika mereka pulang ke kampung isteri, si suami langsung tidak mahu beramah mesra dengan keluarga isteri malahan sentiasa menunjukkan muka ketatnya, tanda tidak suka.

Tidak berakhir dengan itu, ibu suami juga seolah-olah memaksa suami pulang ke rumah bagi menyambut Aidilfitri bersama-sama, sekaligus mengenepikan perasaan isteri.

Pelbagai pendapat dan pengalaman dari netizen yang dikongsikan.

Ada mentua yang tidak menyokong malah siap memahami giliran beraya suami isteri dan tidak melarang sama sekali jika anaknya beraya dengan mentua.

Dalam pada itu, ramai juga yang berkongsi pengalaman sama, bercanggah pendapat sesama suami isteri tentang isu balik kampung beraya…