Pasangan kekasih buat hal, pandu kereta lawan arus elak dicekup polis

Pasangan kekasih buat hal, pandu kereta lawan arus elak dicekup polis

Pasangan kekasih buat hal, pandu kereta lawan arus elak dicekup polis. Dua orang pasangan kekasih warga tempatan ditahan susulan insiden sebuah kenderaan yang dipandu secara melawan arus semasa melarikan diri daripada pihak polis.

Pasangan kekasih buat hal, pandu kereta lawan arus elak dicekup polis

Dalam satu rakaman kamera papan pemuka yang tular dikongsikan oleh akaun Facebook, Langkawi kini semalam, menunjukkan sebuah kereta dipercayai Toyota Avanza dipandu secara melawan arus dan sebuah kereta peronda polis cuba mengejarnya.

Selain itu, terdapat juga satu video lain yang dikongsikan akaun Facebook yang sama menunjukkan kenderaan tersebut telah terbabas di Jalan Padang Matsirat, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada kira-kira pukul 7 petang semalam di Jalan Padang Matsirat, di sini.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila sepasukan polis dari Bahagian Narkotik Daerah (BSJND) Langkawi semasa melakukan tugasan Ops Tapis telah melihat sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza warna perak di tepi jalan berhampiran Pusat Perdagangan Kelana Mas.

Jelasnya, kenderaan tersebut berada dalam keadaan mencurigakan dan disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Menyedari kehadiran pasukan polis, kenderaan tersebut bertindak memecut dan telah melanggar beberapa kenderaan lain.

“Kenderaan suspek seterusnya menghala ke Jalan Padang Matsirat dan ekoran itu berlaku kejadian kejar mengejar dengan pihak polis sehingga kenderaan tersebut dipandu melawan arus lalu terbabas ke dalam parit di tepi jalan tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata Shariman, pihak polis tidak menemukan barang salah di dalam kenderaan tersebut dan menahan seorang suspek lelaki berusia 42 tahun dan pasangan kekasihnya, seorang perempuan berumur 34 tahun.

Menurutnya, suspek lelaki tersebut didapati positif dadah jenis morfin, manakala pasangannya positif dadah jenis methamphetamine selepas ujian air kencing dilakukan.

Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

 

Turut baca