Pasangan kekasih bertindak ‘kejam’, buang mayat bayi berusia empat bulan di kawasan sampah ditahan

Pasangan kekasih bertindak ‘kejam’, buang mayat bayi berusia empat bulan di kawasan sampah ditahan

Pasangan kekasih bertindak ‘kejam’, buang mayat bayi berusia empat bulan di kawasan sampah ditahan.

Sepasang kekasih ditahan susulan penemuan mayat bayi lelaki berusia empat bulan di tempat pembuangan sampah sebuah kondominium di Bandar Baru Klang, semalam.

Pasangan kekasih bertindak 'kejam', buang mayat bayi berusia empat bulan di kawasan sampah ditahan

Kedua-dua suspek termasuk wanita warga asing berusia 30 dan 40an itu diberkas kira-kira pukul 6.30 petang di sekitar lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya terdahulu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tempatan memaklumkan menjumpai mayat bayi di lokasi tersebut kira-kira pukul 3.05 petang hari sama.

Katanya, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah ini dan pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor kemudiannya tiba di tempat kejadian bagi membantu siasatan.

 

Turut baca

“Hasil siasatan awal mendapati bayi tersebut dibuang di tempat pembuangan sampah dan hasil pemeriksaan pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah mendapati bayi itu sudah tidak bernyawa.

“Bayi lelaki dianggarkan berusia empat bulan itu didapati meninggal dunia dalam tempoh 24 jam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, polis kemudiannya berjaya menahan seorang wanita warga asing dipercayai suspek utama dan lelaki tempatan yang merupakan teman lelakinya di sekitar tempat kejadian.

Vijaya menjelaskan, kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Tonton juga