Pas semakin dibenci dan dicaci

Sejak persandingan Muafakat Nasional pada Sept 2019 lagi, yang kononnya ingin membela nasib Melayu dan Islam, politik Malaysia sudah dibayangi dengan rumahtangga sementara antara UMNO dan PAS.
Kedua-duanya dikatakan tiada keikhlasan dalam mempersetujui ‘akad nikah’ antara mereka kecuali demi menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan
Kemudian Langkah Sheraton berlaku pada Feb 2020 dengan beberapa pengkhianat parti dan katak politik menggila mencari kuasa dan kedudukan. Kerajaan PH yang mendapat mandat rakyat pada PRU -14 tumbang, dengan izin Allah kerana ternyata di sana banyak sekali hikmah yang tersimpan.
Walaupun Langkah Sheraton kononnya ‘berjaya’ membentuk Perikatan Nasional yang dijaja untuk menyelamatkan Malaysia, dengan Perdana Menteri menjadi pembaca doa, mengetuai takbir hari raya di zaman Covid, ianya tidak pernah menafikan dan memadamkan kejahatan dan kebatilan terhadap mandat rakyat yang dilakukan oleh sang pengkhianat Muhyiddin, Azmin Ali, Hamzah Zainuddin, Zuraida dan lain-lain yang tercatat kemas dalam sejarah bumi bertuah.
Sekarang semuanya berantakan, rumahtangga dah nak runtuh. Tunggu talak tiga dilafazkan sang suami, kerana masing-masing ada haluan sendiri. Anak-anak pula bagaimana? Ada mereka peduli?
Terkini, Umno Terengganu menyifatkan PAS bukanlah sebuah parti yang boleh dijadikan sahabat kerana PAS sentiasa mementingkan kelompok dalam kalangan mereka sahaja.
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, PAS bercakap soal memperjuangkan agama tetapi bukan agama yang menjadi dasar perjuangannya.
Bahkan beliau mengakui Muafakat Nasional tidak wujud di Terengganu apabila kerajaan PAS Terengganu tidak berlaku adil terhadap wakil rakyat Umno BN.
Sebagaimana Terengganu, Umno Kelantan juga menolak kerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum akan datang ataupun dalam usaha menukar Kerajaan Persekutuan yang ada.
Bagi Umno Kelantan, PAS tidak pernah jujur dan ikhlas apabila mahu bekerjasama dengan mereka.
Beliau dipercayai memberikan taklimat kepada pemimpin dan ahli Umno Kuala Krai, Kelantan mengenai kedudukan politik terkini.
Bersatu pula, katanya, sedang membunuh Umno dari dalam dengan pelbagai tindakan mereka.
Sehubungan dengan itu, Umno sedang mengkaji kemungkinan kerjasama baharu termasuk dengan DAP yang selama ini menjadi musuh utama Umno. Ini lagi lain macam bunyinya…
Sumber : https://jomchannel.net/pas-di-sana-dibenci-di-sini-dicaci/