Parti sesama Melayu berebut nak jadi ketua kampung

Parti sesama Melayu berebut nak jadi ketua kampung

Pecah tembelang pagi ini UMNO dan BERSATU bertelingkah nak jadi Ketua Kampung di Johor.

Apabila kerajaan negeri beralih tangan susulan pengkhianatan Langkah Sheraton, ketua-ketua kampung lantikan PH bersetuju teruskan perkhidmatan sampai tamat tempoh 30 Disember 2020.

Alasannya supaya tidak terganggu perjalanan masyarakat setempat, terutamanya soal pengesahan surat, anak-anak nak naik sekolah dan isu-isu kampung.

Tapi rupanya dah setahun bersekutu, UMNO, BERSATU dan PAS Johor masih tak boleh bersepakat.

Sebab itu jangan percaya bila orang jaja politik kaum, walhasil untuk diri sendiri juga.

Lagi kuatnya jerit Melayu, makin banyak kepentingannya.

Kini dah masuk bulan Mac, masuk 3 bulan penduduk masih tercari-cari siapa pengganti Ketua Kampung kawasan mereka.

Ada yang mengeluh datang ke Pusat Khidmat kerana banyak pengesahan dokumen untuk anak-anak naik ke sekolah.

Sementara mereka bergaduh, insyallah kita terus gandakan kerja.

Yang mereka berebut-rebut jawatan di bawah, sedarkah Timbalan Menteri tengah berehat bercuti 55 hari??

Sumber :