PANAS | Wartawan bongkar penipuan Noor Hisham, cuba tutup kegagalan KKM

PANAS | Wartawan bongkar penipuan Noor Hisham, cuba tutup kegagalan KKM

KKM beri alasan varian Delta punca kes meningkat, demikian kata TS Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media 13 Julai.

Tetapi varian Delta di Selangor dan Kuala Lumpur tidak sampai 50 kes! Lihat jadual (angka terkini). Jadi 10,000 kes di Selangor dan KL akibat varian apa?

KKM tidak jelaskan berapa peratus kes varian Delta daripada keseluruhan kes? Berapa peratus Delta di seluruh negara, berapa peratus Delta di Selangor dan Kuala Lumpur, dua kawasan yang paling tinggi.

Angka KKM ini hanya menunjukkan penemuan beberapa jenis varian yang dibahagi dua, VOC dan VOI. Daripada VOC, varian Delta disebut-sebut paling bahaya.

Antaranya, menurut Dr Noor Hisham, ia cepat merebak termasuk melalui udara dan kadar jangkitan juga tinggi.

Sebahagian bahaya ini boleh kita baca sendiri dari sumber antarabangsa tanpa menunggu penjelasan beliau.

Persoalan kita, kenapa jumlah kes varian Delta di Selangor dan KL terlalu sedikit berbanding jumlah jangkitan?

Adakah KKM gagal mengesannya? Sarawak lebih mahir mengesan varian Delta tetapi jumlah jangkitannya rendah pula?

Atau, jika kita tengok jumlah kes Delta di Sarawak, varian ini tidak begitu mengancam sebab jumlah jangkitan tidak setinggi Selangor?

Kalau kes banyak tetapi varian Delta kurang ditemui seperti di KL dan Selangor, apa punca jangkitan tersebut? KKM beri alasan Delta semata-mata atau ada asas yang kuat?

Aku agak (ulang: agak) semua kenyataan Delta ini hanya mahu menutup kegagalan KKM mengawal penularan sporadik sejak hujung tahun lepas.

Sumber :