PANAS | Wanita 30 tahun tak perlukan vaksin lawan Covid-19. Ini penjelasannya

PANAS | Wanita 30 tahun tak perlukan vaksin lawan Covid-19. Ini penjelasannya

Seorang pekerja rumah warga tua mendakwa bahawa dia tidak memerlukan suntikan vaksin Covid-19 kerana antibodi badannya sudah cukup kuat melawan virus itu, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Rebecca Parsons, 30, berkata, keputusan kerajaan England yang mewajibkan suntikan vaksin ke atas pekerja sektor penjagaan kesihatan seolah-olah mengugut dirinya dalam bentuk emosi.

“Saya diberi kata dua oleh kerajaan sama ada dapatkan suntikan vaksin atau kehilangan pekerjaan yang saya sayangi.

“Mereka memberi tempoh sehingga 16 September ini untuk mendapatkan dos pertama dan melengkapkan pelalian menjelang 11 November,” kata Parsons.

Parsons yang juga seorang antivaksin berkata, dia tidak bersedia menerima suntikan itu kerana belum banyak kajian menyeluruh dilakukan terutama melibatkan kesan jangka panjang pengambilannya.

“Saya cuma tidak mahu mengambil vaksin dan tidak mempunyai sebarang masalah dengan mereka yang mendapatkannya.

“Saya percaya pada hak untuk memilih. Paksaan ini membuatkan saya diserang perasaan cemas dan tekanan perasaan,” jelasnya. – Agensi

COMMENTS