Panas!!! UMNO-PAS dijangka berdepan ‘krisis besar’ di Selangor

Panas!!! UMNO-PAS dijangka berdepan ‘krisis besar’ di Selangor

Panas!!! UMNO-PAS dijangka berdepan ‘krisis besar’ di Selangor.

Dua penganalisis politik meramalkan Umno dan PAS Selangor akan berdepan pelbagai cabaran susulan keputusan mereka untuk terus berada bawah ‘khemah sendiri’ menerusi Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi PRU15.

Mereka berpandangan, kerjasama itu tidak semudah dijangka memandangkan pemimpin utama di peringkat pusat saling bercakaran.

Panas!!! UMNO-PAS dijangka berdepan 'krisis besar' di Selangor

Mengambil kira realiti di Selangor, Azizuddin Sani dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, Umno dan PAS perlu bergabung untuk menewaskan Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai majoriti 2/3 di Dewan Undangan Negeri, tetapi langkah itu mungkin menimbulkan kekeliruan dalam kalangan akar umbi.

“Orang akan kritik Umno, kata Umno tak dapat kawal akar umbi di Selangor. Bukan sahaja kritikan kepada Umno, tapi PAS juga kerana di peringkat pusat, mereka bersama Perikatan Nasional (PN), tapi di Selangor bersama Umno.

“Akan wujud dilema di sebalik tu, parti akan dilihat lemah tak dapat kawal ahli bawah buat keputusan,” katanya.

Beliau turut menjangkakan masalah berkaitan pembahagian kerusi akan timbul antara Umno dan PAS Selangor.

“Umno ada ego tersendiri, dia ada akar umbi yang mahu bertanding. Walaupun Umno Selangor cakap setuju, tapi di setiap bahagian ada ketua bahagian. Pemuda dan mereka semua nak jadi calon, termasuk PAS. Akan timbul persoalan adakah pembahagian kerusi itu dibuat secara seimbang?”

Pada 29 April lalu, Ketua Umno Selangor, Noh Omar dilaporkan berkata, Umno dan PAS membulatkan tekad untuk bersama sebagai satu entiti bawah MN, tidak kira apa ujian yang melanda gabungan itu menjelang PRU15.

Panas!!! UMNO-PAS dijangka berdepan 'krisis besar' di Selangor

Katanya, pucuk pimpinan kedua-dua parti itu tidak menghalang kerjasama MN di Selangor atas alasan mereka perlu bergabung bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru dengan PH.

Beliau berkata demikian susulan rancangan mewujudkan ‘khemah besar’ dalam kalangan parti pembangkang yang kini hangat diperkatakan, terutama PH untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) pada PRU15.

Sementara itu, Mohamad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, hasrat Umno Selangor bekerjasama dengan PAS strategi baik bagi mengelakkan undi Melayu tidak berpecah, tetapi meramalkan akan timbul masalah perebutan kerusi.

“Jika pemimpin pusat tetap bercakaran, ‘it defeats the purpose’ (ia tidak berguna) kerana imej perpaduan tidak dapat ditonjolkan. Kalau hasrat Umno Selangor tidak selari dengan kehendak pimpinan Umno di Pusat, maka ini yang perlu diselesaikan dan diselaraskan dahulu.”

Beliau turut memberi amaran kepada Umno supaya berhati-hati dengan PAS berdasarkan sejarah parti itu yang cepat mengubah fikiran.

Beliau memberi contoh kerjasama PAS dengan DAP dan Semangat 46 yang tidak kekal lama, selain turut mempersoalkan sama ada PAS bersedia meninggalkan Bersatu.

“Melihat kepada masalah sebegini, saya tidak fikir kerjasama Umno-PAS di Selangor ini boleh menonjolkan imej perpaduan yang baik. Kalau di negeri baik, di pusat kena baik, baru sesuai dengan matlamat.”

Untuk merampas Selangor, Umno dan PAS perlu mencari isu dan strategi baharu serta menampilkan calon sesuai, katanya.

“Sokongan bukan Melayu dan pengundi bandar juga perlu dicari. Bagaimana mendapat sokongan kumpulan ini? Pada hemat saya, memikirkan cara untuk mendapat sokongan daripada kumpulan ini lebih penting daripada berfikir untuk bekerjasama dengan PAS yang boleh mengelirukan pengundi.”