PANAS | Tiada alasan 220 MP tidak boleh masuk Parlimen jika PM boleh berjemaah 300 orang

PANAS | Tiada alasan 220 MP tidak boleh masuk Parlimen jika PM boleh berjemaah 300 orang

Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin dilaporkan menyertai 300 jemaah menunaikan solat sunat aidil adha di masjid negara.

Di Twitter, warganet mengecam keadaan itu dan mengaitkannya dengan pembukaan Parlimen.

Mereka menyifatkan jika begitu keadaannya, bukanlah satu masalah untuk membuka Parlimen dengan kehadiran penuh Ahli-ahli Dewan Rakyat.

Turut mengulas, Ketua Wanita PKR Fuziah Salleh yang berkata, tiada alasan untuk Parlimen tidak membenarkan kesemua 220 Ahli Parlimennya bersidang jika perdana menteri boleh berjemaah dengan 300 orang di masjid negara.

“Tiada alasan Parlimen tak boleh masuk 220 Ahli Parlimen sedangkan PM berjemaah dengan 300 orang di masjid negara,” ciapnya di Twitter.

Sementara itu, ada juga yang mempersoalkan mengapa kerajaan hanya membenarkan hanya 80 orang Ahli Parlimen sahaja untuk bersidang.

“Yang ini boleh pula sampai 300 orang ye. Parlimen disekat jumlah kehadiran kenapa ye? Sistem pengudaraan tidak bagus?

“Kejap, bukan ke ruang solatnya berpenghawa dingin? Oh sebab masanya singkat ke berbanding sesi Parlimen?,” soal pengguna lain.

Pada masa sama, ada pengguna Twitter yang mendakwa sekatan di Parlimen bukanlah kerana faktor Covid-19 semata-mata, tetapi ada kepentingan lain yang hendak dijaga seperti undi tidak percaya.

Sementara itu dalam ciapan lain, Naib Presiden AMANAH Nasional, Datuk Seri Mahfuz Omar pula secara sinis berkata, selepas ini sidang Parlimen boleh lah membenarkan semua 220 Ahli Parlimen masuk ke Dewan.

“Solat Aidiladha/Jumaat memang la kena khutbah bukan berbahas. tapi sidang Parlimen kena bahas bukan berkhutbah,” tulisnya.

Tan Sri Mahiaddin Md Yasin menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara bersama 300 jemaah.

Memetik Bernama, ketibaan perdana menteri yang berjubah putih pada jam 8.16 pagi semalam bersama isteri Puan Sri Noorainee Abd Rahman, disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Imam Besar Masjid Negara Ehsan, Mohd Hosni.

Berita penuh | MD

COMMENTS