Panas!!! Speaker tolak bahas isu rampasan aset Petronas, dewan kecoh

Panas!!! Speaker tolak  bahas isu rampasan aset Petronas, dewan kecoh

Dewan Rakyat hangat hari ini selepas Speaker Azhar Azizan Harun menolak usul bagi membincangkan isu rampasan aset Petronas di luar negara oleh waris kesultanan Sulu.

Azhar berkata undang-undang subjudis menghalang Dewan Rakyat daripada membahaskan perkara itu.

Anggota parlimen pembangkang Ramkarpal Singh (Pakatan Harapan-Bukit Gelugor) menuduh Azhar mempunyai konflik kepentingan kerana abangnya Idrus, sebagai bekas peguam negara, terlibat dalam urusan itu.

Azhar bagaimanapun memberitahu Ramkarpal,yang juga seoarang pengamal undang-undang, bahawa dia tidak membincangkan urusan kerja dengan Idrus.

[Berita penuh menyusul]