Panas!!! Slow-slow terkubur, Srikandi Bersatu Maran keluar parti sertai Umno

Panas!!! Slow-slow terkubur, Srikandi Bersatu Maran keluar parti sertai Umno

Panas!!! Slow-slow terkubur, Srikandi Bersatu Maran keluar parti sertai Umno. Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Maran terkubur apabila ketuanya bersama 32 ahli keluar parti itu serta-merta dan menyertai UMNO.

Panas!!! Slow-slow terkubur, Srikandi Bersatu Maran keluar parti sertai Umno

Bekas Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Maran, Siti Nora Mohamad Noor berkata, keputusan itu dibuat kerana mereka hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap pucuk kepimpinan Bersatu di peringkat bahagian, negeri dan pusat.

“Kami memilih menyertai UMNO kerana hanya parti itu sentiasa di landasan tepat dalam menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara,” kata beliau selepas Majlis Penyerahan Borang UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar Pahang di sini hari ini.

Menurut beliau, lebih 100 lagi ahli Bersatu Maran dijangka mengikut jejak sama dan menyertai UMNO dalam masa terdekat.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, pihaknya berbesar hati dan menghormati keputusan mereka untuk menyertai UMNO dengan kerelaan sendiri tanpa campur tangan pihak lain.

“Ini bukan kali pertama ahli Bersatu keluar parti dan menyertai UMNO, sebelum ini Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (bekas Ketua Bahagian Bersatu Temerloh) turut meletak jawatan daripada Bersatu serta-merta dan mengumumkan kembali ke pangkuan UMNO.

“Selepas itu Datuk Wan Abu Bakar Wan Mohamad (bekas Ketua Bersatu Bahagian Pekan) juga mengumumkan kembali kepada UMNO,” katanya.

 

Baca juga

Tujuh lelaki tempatan diberkas ,lalok, dadah

Ibu tikam anak baru lahir direman 7 hari