PANAS | Skandal LCS : Rafizi berdepan laporan polis

PANAS | Skandal LCS : Rafizi berdepan laporan polis

PANAS | Skandal LCS : Rafizi berdepan laporan polis.  Satu laporan polis telah dibuat terhadap Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli atas dakwaannya berkait Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Abd Latiff Ahmad berhubung projek kapal tempur pesisir (LCS).

Dalam catatannya di Facebook, Latiff berkata, dakwaan Rafizi, termasuk bahawa beliau mempunyai seorang isteri yang dikaitkan dengan dua syarikat terbabit dalam penyelewengan dana projek itu, bertujuan untuk mencemarkan nama baiknya dan menghasut rakyat.

PANAS | Skandal LCS : Rafizi berdepan laporan polis

“Saya percaya bahawa fitnah dan tohmahan tersebut diciptakan untuk merosakkan nama baik saya untuk tujuan politik dengan menimbulkan kebencian dan kemarahan orang awam terhadap saya dan menyemarakkan keresahan rakyat,” katanya.

Beliau merujuk kepada tindakan Rafizi menamakan seorang wanita, Zainab Salleh, yang disebut dalam laporan audit forensik mengenai projek itu.

Latiff telah berulang kali menafikan wanita itu ialah isterinya dan mencabar Rafizi untuk membuktikan perkahwinannya dengan Zainab.

Dalam catatannya, Latiff memuat naik gambar laporan polis yang dibuat pegawai khasnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi semalam.

“Diharapkan pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat dan mendakwa saudara Rafizi Ramli dan pihak-pihak yang bersubahat dengannya untuk melakukan kesalahan tersebut,” katanya.

Latiff sebelum ini berkata, beliau tidak mempunyai peranan dalam kontrak LCS pada 2014 kerana beliau hanya menjadi timbalan menteri pertahanan dari 2009 hingga 2013.

Kontrak itu membabitkan pembinaan enam kapal frigat untuk tentera laut bawah program LCS bernilai RM9 bilion. Sebuah jawatankuasa Parlimen berkata, tiada satu pun kapal telah disiapkan atau dihantar walaupun RM6 bilion telah dibelanjakan setakat ini.

Latiff juga berkata, ahli keluarganya tidak mendapat manfaat daripada sebarang kontrak pertahanan semasa beliau menjadi timbalan menteri.

PANAS | Skandal LCS : Rafizi berdepan laporan polis