PANAS !!! “Perang dah bermula…” Langkah gugur Tajuddin satu ‘amaran’ kepada golongan pro-PM

PANAS !!! “Perang dah bermula…” Langkah gugur Tajuddin satu ‘amaran’ kepada golongan pro-PM

PANAS !!! “Perang dah bermula…” Langkah gugur Tajuddin satu ‘amaran’ kepada golongan pro-PM.

Pengguguran Tajuddin Abdul Rahman daripada Majlis Kerja Tertinggi Umno menjadi “amaran” kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan mereka yang sealiran dengannya, kata seorang penganalisis.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, langkah itu dimaksudkan sebagai mesej yang jelas mengenai “siapa yang membuat keputusan dalam Umno”.

Tajuddin dikatakan pro-Ismail, yang menurut Fauzi hakikat itu menjadi lebih jelas susulan pelantikannya sebagai duta ke Indonesia.

“Jika pilihan raya umum ke-15 (PRU15) terus ditangguhkan, mereka berisiko digugurkan daripada senarai calon, yang memerlukan kelulusan Zahid,” kata Fauzi.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid.

Zahid sebelum ini menggesa PRU15 diadakan secepat mungkin.

Fauzi berkata, pengguguran Tajuddin menyokong spekulasi bahawa wujud “perpecahan serius” dalam kepimpinan Umno.

Satu lagi sumber yang mengesahkan pengguguran Tajuddin juga bersetuju dengan Fauzi bahawa ia adalah “tembakan amaran” yang dimaksudkan untuk mereka yang sealiran dengan Ismail dalam MKT.

“Perang telah bermula,” katanya.

 

“Presiden melalui surat ini menamatkan pelantikan Datuk Seri (Tajuddin) sebagai ahli MKT Umno,” menurut surat bertarikh 21 Jun itu.

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, ini akan memberi gambaran seolah-olah Tajuddin tidak disenangi oleh kumpulan arus perdana dalam Umno, maka keahliannya dalam MKT “ditamatkan”