Panas | Penyelia asrama sekolah agama mengaku bersalah terima rasuah RM5,800

Panas | Penyelia asrama sekolah agama mengaku bersalah terima rasuah RM5,800

Seorang penyelia asrama sebuah sekolah agama di Bagan Datuk mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas satu tuduhan pilihan menerima rasuah daripada seorang kontraktor, empat tahun lalu.

Tertuduh, Muhamad Rozi Ahmad Puad, 36 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim S Indra Nehru.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memperoleh wang tunai RM5,800 daripada seorang kontraktor perkhidmatan bekalan makanan sebagai upah untuk tidak membuat sebarang pemotongan terhadap tuntutan kontraktor berkenaan.

Dia didakwa menerima wang tunai itu melalui kemasukan ke akuan Maybank pada 31 Julai, 2017.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM8,000, atau lapan bulan penjara jika gagal membayar denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber | AA

COMMENTS