PANAS | Pembelian 500 unit ambulans bernilai RM300 juta ketika darurat dipersoal

PANAS | Pembelian 500 unit ambulans bernilai RM300 juta ketika darurat dipersoal

Pembelian 500 unit ambulans tekanan negatif yang menelan belanja RM300 juta ketika pelaksanaan darurat dipersoalkan oleh bekas menteri kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, kepentingan pembelian itu juga dipersoalkan sedangkan semua kakitangan dan petugas kesihatan memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

Katanya, ketika ini perkara yang menjadi keutamaan adalah memikirkan cara menurunkan angka kematian akibat Covid-19, bukannya pembelian ambulans berkenaan.

“Salam PM (Perdana Menteri). Penting sangat ke nak beli 500 buah ambulan tekanan negatif dalam darurat ni? Bukan sikit bajetnya, RM300 juta. Kakitangan semua dalam PPE penuh… Apa faedahnya?,” katanya dalam catatan di Twitter.

Terdahulu, media melaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan perolehan lebih banyak unit kenderaan ambulans tekanan negatif bagi mengangkut pesakit Covid-19 ke pusat rawatan.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, ambulans tekanan negatif itu merupakan keperluan penting terutama di lokasi yang mempunyai kes jangkitan tinggi.

Unit ambulans berkenaan dilengkapi sistem tekanan negatif, penapisan HEPA dan lampu UV khusus untuk kes penyakit berjangkit terutama jenis penyakit bawaan. | FMT

COMMENTS