PANAS | Peguam Negara diminta jelaskan kenapa baru sekarang Syed Saddiq didakwa

PANAS | Peguam Negara diminta jelaskan kenapa baru sekarang Syed Saddiq didakwa

Peguam Negara Idrus Azizan Harun disaran menjelaskan kenapa bekas menteri Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dituduh tujuh bulan selepas kebenaran diberikan untuk mendakwa ahli politik muda itu, bagi menyahkan keraguan yang ditimbulkan oleh peguam beliau.

Peguam, Syahredzan Johan, yang juga setiausaha politik kepada veteran DAP, Lim Kit Siang, berkata beliau nampak “ada defisit keyakinan pada sistem pentadbiran undang-undang kita”.

“Jadi, ada baiknya jika penjelasan diberikan,” katanya kepada FMT.

Terdahulu di mahkamah, pendakwa raya memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM500,000 ke atas Syed Saddiq bagi memastikan bekas menteri itu hadir ke mahkamah. Pendakwa raya berhujah angka ikat jamin harus mencerminkan betapa beratnya kesalahan yang dituduh.

Peguam Syed Saddiq, Gobind Singh Deo, bagaimanapun mempersoalkan hujah tersebut. Beliau berhujah mengapa Ahli Parlimen Muar itu hanya didakwa sekarang jika kesalahan ini serius seperti yang dikatakan pihak pendakwaan.

“Izin untuk mendakwa ditandatangani pada Januari dan beliau hanya didakwa sekarang, iaitu beberapa hari sebelum Parlimen bersidang semula?” katanya, mencadangkan ikat jaminan sebanyak RM300,000.

Mahkamah mengenakan angka sebanyak yang dimohon pihak pembelaan, dengan seorang penjamin.

Syed Saddiq didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan iaitu menyeleweng wang RM1 juta dikatakan milik Pemuda Bersatu dan dana pilihan raya dikatakan milik sayap itu sebanyak RMRM120,000.

Beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Semalam, Syed Saddiq di Twitter menulis beliau rela ke mahkamah daripada menyertai Perikatan Nasional, lalu mendakwa sudah lebih setahun beliau diugut akan diheret ke mahkamah jika tidak bersama gabungan pemerintah itu.

“Setiap kali ada undian penting di Parlimen, ugutan sebegini akan datang. Pada Julai, Disember, Januari dan sekarang seminggu sebelum Parlimen bermula,” kata bekas menteri beliau dan sukan itu.

Syahredzan berkata beliau tidak dapat menyimpulkan dengan pasti bahawa tuduhan terhadap Syed Saddiq bermotif politik namun hujah Syed Saddiq “barangkali munasabah” (plausible).

“Apa yang Saddiq katakan itu masuk akal kerana kita tahu Perdana Menteri sekarang ini mungkin tiada majoriti lagi, atau, kalau ada pun, majoritinya amat tipis. Maka setiap Ahli Parlimen penting untuk menentukan jatuh atau kekalnya Kerajaan ini,” katanya.

“Kita pernah saksikan bagaimana Ahli Parlimen pembangkang tiba-tiba beralih arah dan menyokong PM selepas pihak berkuasa membuka siasatan ke atas mereka,” tambahnya.

Sumber | FMT

COMMENTS