Panas !!! Netizen persoal kos selanggara Istana Negara cecah RM519 juta

Panas !!! Netizen persoal kos selanggara Istana Negara cecah RM519 juta

Panas !!! Netizen persoal kos selanggara Istana Negara cecah RM519.

Tular di media sosial Twitter baru-baru ini apabila satu pendedahan mengenai kos penyelenggaraan Istana Negara telah ditawarkan pada sebuah syarikat dengan harga kontrak bernilai RM519 juta.

Berikutan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah tampil menjelaskan secara lanjut mengenai isu tersebut sebagai respon pihak mereka terhadap satu artikel yang dikeluarkan sebuah portal berita di mana kos penyelenggaraan bernilai ratursan juga ringgit itu adalah jumlah keseluruhan bagi tempoh tujuh tahun yang akan berakhir pada bulan ini.

Kos tersebut difahamkan merangkumi keluasan tanah seluas 241.3 ekar dan JKR memberitahu kerja-kerja tersebut perlu dilakukan kerana Istana Negara merupakan simbol kepada kedaulatan dan identiti negara.

Dalam pada itu, netizen di media sosial kemudiannya membangkitkan persoalan tentang penggunaan wang yang begitu banyak memandangkan situasi ekonomi negara yang meruncing berikutan kenaikan harga barang yang pastinya, mendatangkan beban kepada rakyat.

Selain itu, netizen juga membangkitkan keperluan kerajaan untuk menggunakan sejumlah wang yang begitu besar nilainya di mana ia sepatutnya digunakan untuk kemudahan infrastruktur rakyat seperti jalan dan fasiliti yang baik, sekolah untuk anak-anak di pedalaman, naik taraf hospital, membuka lebih banyak universiti dan sebagainya.

Namun, apa yang menjadi fokus utama adalah persoalan mengenai dari mana datangnya wang untuk membiayai kos penyelenggaraan Istana Negara, kalau tidak bukan dari wang pembayar cukai yakni rakyat itu sendiri?