Panas !!! Mohamad Sabu dakwa kedaulatan undang-undang hancur di bawah pemerintahan Ismail Sabri dengan sokongan Pas

Panas !!! Mohamad Sabu dakwa kedaulatan undang-undang hancur di bawah pemerintahan Ismail Sabri dengan sokongan Pas

Presiden AMANAH Mohamad Sabu mendakwa kedaulatan undang-undang (Rule of Law) telah hancur di bawah pemerintahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan sokongan Pas dalam kerajaan hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kes Datin Rosmah Mansur yang tidak hadir prosiding mahkamah untuk perbicaraan kesnya bahkan waran tangkap pun tidak dikeluarkan.

“Rule of Law sudah tiada dan tidak dihormati langsung,” kata Mohamad.

Sebelum ini, Rosmah Mansor tidak menghadiri pendengaran di Mahkamah Rayuan kerana belum pulang dari Singapura walaupun Mahkamah tinggi telah mengeluarkan arahan agar dia kembali selewat-lewatnya pada 21 Disember.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Gopal Sri Ram meminta panel hakim agar mengeluarkan waran tangkap namun mereka sebulat suara memutuskan untuk tidak berbuat demikian.

Mohamad Sabu turut menceritakan bagaimana beliau ditangkap polis walaupun sudah membuat perakuan untuk hadir ke mahkamah.

“Pada suatu ketika dahulu, saya hendak dituduh di mahkamah di atas dakwaan menghadiri perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).

“Masa itu saya merupakan Timbalan Presiden Pas, didakwa bersama beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat.

“Pada hari berkenaan saya dan keluarga mempunyai urusan perkahwinan anak ke Ipoh, pihak polis memaklumkan bahawa mereka hendak menyerahkan waran untuk hadir ke mahkamah.

“Saya telah menyatakan kepada polis bahawa saya bersedia untuk hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan sebaik urusan anak menantu selesai.

“Namun sewaktu dalam perjalanan, berhampiran tol juru, pihak polis membuat sekatan jalan raya dan menahan rombongan pengantin.

“Saya tidak mahu menyerah diri kerana saya sudah membuat perakuan untuk hadir ke mahkamah keesokan harinya.

“Pihak polis bagaimana pun bertegas mahu menahan saya, mereka memecahkan cermin kereta dan menahan saya secara kasar dihadapan rombongan pengantin.

“Saya dibawa ke Balai Polis Nibong Tebal dan kemudiannya dibawa ke Kuala Lumpur ditahan di dalam lokap dan dibawa ke mahkamah keesokan harinya,” katanya.

Ekoran itu, beliau berkata, hampir dua tahun kes dibicara di mahkamah kerana beliau didakwa melawan penjawat awam, tetapi akhirnya beliau menang kes tersebut.

Namun katanya walaupun diperlakukan sedemikian, beliau memuji ketegasan pihak polis supaya mereka yang dituduh di mahkamah perlu hadir apabila mendapat arahan.

Sumber | MD

COMMENTS