PANAS | Mesyuarat Agung FGV bincang kenaikkan elaun pengerusi RM300,000 kepada RM480,000

PANAS | Mesyuarat Agung FGV bincang kenaikkan elaun pengerusi RM300,000 kepada RM480,000

Mesyuarat Agung FGV bincang kenaikkan elaun pengerusi RM300,000 kepada RM480,000.

Agenda Mesyuarat Agung FGV Holding Berhad yang merupakan syarikat gergasi minyak sawit dijadualkan berlangsung hari ini antara lain menaikkan elaun tahunan pengerusi kepada RM480,000.

Perkara itu dimaklumkan Adun Ketari Young Shefura Othman di mana beliau berkata elaun tahunan Pengerusi Dato Zulkefli Wahab yang juga Ketua Pengarah Felda dinaikkan dari RM300,000 kepada RM480,000 iaitu kenaikkan sebanyak RM180,000.

Katanya, syarikat gergasi minyak sawit yang dimiliki 80% oleh Felda ini mengetengahkan enam agenda hanya untuk penuhkan poket pengerusi dan ahli lembaga pengarah.

“Apa agenda mesyuarat ini? Adalah untuk mengenalpasti bagaimana hendak membantu peneroka? TIDAK!

“Lihat notis mesyuarat. Agenda 2 hingga 6 hanya untuk penuhkan poket Pengerusi Dan ahli Lembaga Pengarah,”katanya.

Agenda Mesyuarat Agung FGV

Katanya, elaun kereta beliau sebanyak RM18,000 sebulan akan di ganti dengan kereta apa yang beliau mahu (minimum 2000cc) bersama perbelanjaan tahunan sebanyak RM180,000.

“Pengerusi juga ada bodyguard. Elaun club, dan segala tok nenek punya elaun,” katanya.

Menurut Young, elaun pengarah juga akan dinaikkan dari RM120,000 kepada RM150,000.

“Apa ini? Tak malukah wahai ahli Lembaga Pengarah Felda yg dipengerusikan oleh Idris Jusoh bekas MB Terengganu.

“Kenapa MOF dan PM biarkan? Kami diberitahu agenda ini akan diluluskan kerana Felda sebagai pemegang saham utama sudah bersetuju.

“Apa rakyat dapat? RM100 sahaja, tu pun kepada golongan B40. Yang lain?

“Melayu kaya makin kaya, majoriti Melayu lagi miskin,” katanya.