Panas !!! Menteri dicabar tangkap ‘orang minyak’ sorok bekalan atau letak jawatan – Azan

Panas !!! Menteri dicabar tangkap ‘orang minyak’ sorok bekalan atau letak jawatan – Azan

Panas !!! Menteri dicabar tangkap ‘orang minyak’ sorok bekalan atau letak jawatan – Azan.

Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail mencabar Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Alexander Nanta Linggi dan timbalannya Rosol Wahid mengambil tindakan terhadap pihak yang menyorok bekalan minyak yang disubsidi kerajaan.

Panas !!! Menteri dicabar tangkap 'orang minyak' sorok bekalan atau letak jawatan - Azan

Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail

Ini selepas penjelasan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bahawa minyak masak yang disubsidi oleh kerajaan ialah sebanyak 60,000 tan metrik sebulan, melebihi daripada keperluan sebenar pengguna iaitu sebanyak 55,000 tan metrik sebulan.

“KPDNHEP kata kerajaan telah memperuntukkan 60,000 tan metrik minyak masak kampit 1kg bersubsidi untuk sebulan. Ismail kata kegunaan rakyat Malaysia untuk minyak masak bersubsidi hanyalah 55,000 tan metrik. Maknanya, ada lebihan 5,000 tan metrik sebulan.

“Namun, sehingga hari ini semua dalam kalangan pengguna mengadu minyak masak tiada dalam pasaran tak mencukupi terutama untuk peniaga-peniaga kecil yang menggunakan minyak masak kampit.

“Subsidi pun diambil, disalahgunakan. Minyak pula tidak mencukupi, disorok. Maknanya ‘orang minyak; berleluasa menjalankan aktiviti gelap mereka untuk memanipulasi dan mengaut keuntungan.

“Sebab itu menteri dan timbalan harus segera membuat siasatan dan tangkap ‘orang minyak’ ini. Jika gagal mereka harus letak jawatan dengan segera,” katanya ketika menghubungi Malaysiakini.

Azan menambah dia yakin bahawa Nanta dan Rosol tahu situasi yang sedang berlaku.

“Namun, tiada reaksi dan tidak ada arahan untuk pihak berkuasa untuk membanteras masalah ini,” katanya.

Untuk rekod, pada 22 Jun lalu, Ismail Sabri berkata kerajaan tidak memansuhkan subsidi minyak masak secara keseluruhan.

Sebaliknya, dia berkata, subsidi minyak masak berpaket masih dikekalkan dengan peruntukan RM4 bilion sepanjang tahun ini.

Menurut Ismail Sabri, peruntukan subsidi minyak masak tahun ini jauh lebih tinggi berbanding RM500 juta yang diperuntukkan pada 2020 serta RM2.2 bilion pada 2021.